Pergi ke kandungan

Laman Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada (2002-10-26) 26 Oktober 2002 (umur 23).
Kini, kami mempunyai 438,463 buah rencana.

Rencana pilihan

Panji Naga Cina

Naga Cina ialah makhluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Cina, yang popular dalam mitos naga Asia. Dalam seni Cina, naga biasanya digambarkan sebagai makhluk seakan-akan ular yang panjang, bersisik dan berkaki empat. Berbeza dengan naga Eropah yang dianggap sebagai jahat, naga Cina melambangkan kekuatan dan tuah, khususnya mengawal air, hujan, dan banjir. Dalam peristilahan yin dan yang, naga adalah yang (jantan) yang melengkapi fenghuang (phoenix Cina) yang bersifat yin (betina). Walaupun dianggap sebagai lambang negara China oleh masyarakat Barat, namun sebenarnya tidak sedemikian rupanya bagi kedua-dua Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan. Sebaliknya, naga Cina dijadikan lambang kebudayaan yang berwibawa dan bertuah. Dalam perbualan seharian Cina, sesiapa yang cemerlang dan berkemampuan luar biasa ditarafkan dengan naga manakala yang kurang berkemampuan dan tiada pencapaian pula dibandingkan dengan makhluk-makhluk hina seperti cacing. Terdapat juga banyak bidalan dan simpulan bahasa Cina yang menyebut tentang naga. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini:

Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2026. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!

Berita terkini

Tuanku Muhriz pada tahun 2018
Tuanku Muhriz pada tahun 2018

Tahukah anda...

Pita kaset TDK SA90 jenis II
Pita kaset TDK SA90 jenis II
  • "... bahawa Bern juga dikenali sebagai bandar air pancut kerana lebih 100 air pancut dibina sejak abad ke-16?" 

Hari ini dalam sejarah

6 Mei: Hari St George di Bulgaria; Đurđevdan di Bosnia dan Herzegovina, Montenegro dan Serbia; Hari Yuri di Rusia.

Hindenburg terbakar

Hari-hari sebelum: 5 Mei4 Mei3 Mei

Gambar pilihan

Padi teres di Yunnan, China

Padi teres adalah teknik pertanian yang biasa diamalkan di kawasan-kawasan bergunung seperti di China, Indonesia dan Filipina bagi menanam padi. Pesawah padi terpaksa berbuat demikian kerana keluasan tanah yang sempit, kecil dan amat bergantung kepada tenaga manusia, tidak ada jentera pembajak digunakan.

Wikipedia dalam bahasa lain (mengikut susunan jumlah rencana) Wikipedia dalam bahasa lain

Projek Wikimedia yang lain

Wikipedia ialah projek Yayasan Wikimedia, sebuah pertubuhan bukan untung yang turut mengendalikan beberapa projek Bahasa Melayu, serta pelbagai bahasa yang lain.


Wikikamus
Kamus bebas
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikipetik
Koleksi petikan kata
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikilayar
Panduan perjalanan bebas
Commons
Koleksi multimedia bebas
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
Wikiversiti
Bahan pelajaran bebas
Wikispesies
Panduan spesies
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas